Orang-orang Yang Dikehendaki kini - Pensyarah UM Tidak Hadir Tugas Sejak 4 Minggu Lalu !




KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) mengesahkan pensyarah Akademi Pengajian Islam universiti itu, Dr. Mahmud Ahmad, 38, yang diburu polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan telah menghilangkan diri sejak empat minggu lalu.

Naib Canselor UM, Datuk Prof. Dr. Mohd Amin Jalaludin berkata, Mahmud yang menjadi pensyarah UM sejak 8 Jun 2011 tidak hadir bertugas tanpa sebab dan tidak dapat dihubungi sepanjang tempoh itu.

Katanya, UM telah berusaha menghubungi Mahmud melalui panggilan telefon, emel, alamat kediaman serta bertanyakan kepada waris dan keluarga, namun beliau tetap gagal dikesan.


“Susulan itu, UM telah memulakan tindakan tatatertib berhubung kegagalan beliau untuk hadir bertugas tanpa sebab selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A)395/1993].

“Peraturan ini menetapkan mana- mana pegawai yang tidak hadir bertugas tujuh hari bekerja berturut-turut dan usaha-usaha untuk mengesan pegawai gagal boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Amin bagaimanapun memaklumkan UM memang tidak mempunyai sebarang maklumat tentang kegiatan luar Mahmud termasuk mengenai pembabitannya dalam aktiviti militan seperti didedahkan pihak polis.


Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman hari ini memaklumkan sedang memburu lima individu termasuk seorang pensyarah Universiti Malaya kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan di negara ini.

Tiga daripada mereka disyaki sebagai individu yang merekrut dan mengatur pemergian anggota militan dari Malaysia untuk menyertai perjuangan kumpulan Islamic State of Iraq and The Levant (ISIL) di Syria.

Lima individu itu termasuk Mahmud dan Mohd. Najib serta kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39. Dua lagi individu disyaki menganggotai kumpulan Darul Islam Sabah dikenali sebagai Mohd Amin Baco, 31, seorang penganggur dan Jeknal Adil, 30, bekerja sebagai buruh kasar. Kedua-duanya berasal dari Tawau, Sabah

Contact Form

Name

Email *

Message *