Bagus Sungguh - Dah Merompak, Sapu Habis Hantar Surat Mohon Maaf Plak ! Kononya Dah Menyesal...



Cheshire – Dia pernah merompak sepasang suami isteri kira-kira 20 tahun lalu. Kini, perompak itu yang menyesal dengan perbuatan jenayahnya itu telah menulis nota meminta maaf kepada pasangan suami isteri berkenaan.

Turut disertakan ialah cek bernilai £100 daripada wanita yang terlibat dengan kejadian pecah masuk ke rumah Frances Cunningham dan suaminya pada 1992.

“Saya tidak pecahkan mesin rokok tetapi saya berada di situ dan masuk ke situ.

“Saya amat, amat menyesal. Saya tidak menyedari betapa seriusnya perbuatan saya pada masa itu. Saya telah melalui banyak perkara dan tidak tahu di mana mahu mendapatkan pertolongan.

“Saya sangat malu dan sedih. Saya berharap agar awak tidak akan terganggu dengan perbuatan kejam ini lagi,’’ demikian nota minta maaf dan menyesal yang dihantar perompak tersebut.

Dalam pada itu, Cunningham berkata, dia masih ingat mengenai kejadian pecah masuk itu dan bagaimana anak lelakinya berdepan masalah dengan mesin rokok itu.


“Surat yang saya terima ini amat mengejutkan. Nampaknya perompak itu sangat menyesal selama ini dan memutuskan untuk memohon kemaafan.

“Saya mahu membalas suratnya dan ingin meminta dia supaya berhenti daripada berasa bimbang kerana kejujurannya telah mengatasi segala-galanya,’’ katanya.

Contact Form

Name

Email *

Message *