Selepas teruk dikecam dan dikritik kerana didakwa ‘merampas’ suami orang, tidak dinafikan perjalanan karier seni Hanez Suraya dilihat agak sedikit suram disebabkan tindakan segelintir peminat yang mula memboikotnya disebabkan isu tersebut.
Walau bagaimana teruk dicemuh nampaknya Hanez masih tidak berputus asa dalam bidang seni malah semakin membulat tekad untuk menceburi cabang lain iaitu bidang perniagaan.
Perniagaan yang diceburi aktres ini pun tidak lari jauh daripada bidang kecantikan yang pastinya satu subjek yang cukup digemari kebanyakan wanita.
Hanez kini bergelar usahawan menjual shampoo dan pelembap rambut berjenama Vlasy.
Menerusi pembungkusan produk itu, Hanez turut bergelar duta bagi produk miliknya yang menggunakan tema berwarna hijau untuk menarik hati pengguna.
Jika anda mahukan rambut sehalus dan secantik Hanez, mungkin anda bolehlah mencuba produk rambut milik Hanez yang mungkin merupakan rahasia kepada rambut cantiknya selama ini!