Hentikan Sandiwara, Rusia Harus Pikul Tanggungjawab Nahas MH17 Penyebabnya...




Ketika siasatan terperinci nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine malam tadi (waktu Malaysia) sedang dimulakan, kerajaan Russia dan Ukraine kini dilihat menuding jari sesama sendiri.

Mereka saling menuduh satu sama lain sebagai pihak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat komersial berkenaan yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam.

Presiden Rusia; Vladimir Putin menyalahkan Ukraine sebagai punca MH17 ditembak jatuh.

Memetik laman web Business Insider, Putin berkata perkata itu tidak akan berlaku jika Ukraine tidak melancarkan kempen menentang kumpulan pemisah pro Russia di negara berkenaan.

“Tanpa keraguan, kerajaan yang menguasai kawasan berkenaan sebenarnya bertanggungjawab menyebabkan tragedi yang menakutkan ini,” kata Putin menurut laporan Reuters.

Lokasi Nahas Dikuasai Pemberontak


Pesawat MH17 terhempas di dalam kawasan yang dikuasi puak pemberontak dalam wilayah Donetsk, kira-kira 40km dari sempadan Rusia.

Perisik Amerika Syarikat juga sudah mengesahkan pesawat MH17 ditembak jatuh oleh sistem peluru berpandu permukaan ke udara yang meranapkan terus pesawat Boeing 777-200 itu.

Menurut para penganalisis pula, Rusia dikatakan membantu kumpulan pemisah ini dengan membekalkan kelengkapan peluru berpandu jenis BUK-M1 yang hanya dimiliki Rusia.

Peluru jenis itu mampu menembak sejauh 25km lebih tinggi daripada ketinggian peswat MH17 yang ketika itu terbang kira-kira 10,100 meter pada masa kejadian.

Maklumat Baru Dilihat Menjurus Kepada Rusia

Dakwaan demi dakwaan lebih menghala kepada kerajaan Rusia yang bertanggungjawab menyalurkan bantuan persenjataan kepada kumpulan pemberontak yang menguasai kawasan sempadan.

Bulan lepas, Jabatan Negara Amerika Syarikat menuduh Moscow menghantar kelengkapan kereta perisai, senjata berat dan juga pelancar roket serta pelbagai kenderaan tentera lain kepada pemberontak.

Bagi pihak Ukraine, mereka mengatakan pesawat MH17 telah ditembak oleh kumpulan pemberontak yang dibiayai Rusia.

Berasaskan kepada dakwaan ini, tekanan demi tekanan kini diterima Presiden Putin supaya menghentikan sandiwara menuduh pihak Ukraine sebaliknya mengambil sepenuh tanggungjawab dalam nahas pesawat melibatkan pesawat milik Malaysia itu.

Tekanan Berganda Buat Presiden Putin

Tekanan kepada Rusia pastinya lebih hebat apabila Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan peringatan jelas kepada kedua-dua pihak Rusia dan Ukraine supaya kawasan nahas tidak diganggu dan bahan-bahan bukti tidak diusik.

Obama telah pun berbincang dengan Presiden Ukraine Petro Poroshenko di telefon dan telah menawarkan segala jenis bantuan yang ada untuk menjalankan siasatan.

Poroshenko mengalu-alukan bantuan daripada pasukan penyiasat antarabangsa untuk masuk ke lokasi nahas dan menjalankan siasatan menyeluruh.

Obama membuat panggilan itu daripada pesawat rasminya Air Force One ketika dalam penerbangan ke New York City. Beliau turut menelefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan nahas itu.

Pesawat MH17 Ditembak Senjata Berteknologi Rusia

Menurut laporan CNBC.com pula, kini analisis pakar semakin kuat menunjukkan Rusia terlibat paling tidak secara tidak langsung dalam tragedi yang mengorbankan 298 orang yang berada dalam pesawat berkenaan.

Kritikan dan tuduhan dilihat bertubi-tubi hadir dari seluruh dunia menuduh Rusia yang menyebabkan MH17 terhempas.

Seorang penganalisis, Rakan Kongsi Pengurusan Kumpulan Myrmidon; Adrian Karatnycky berkata dalam laporan CNBC bahawa ketika kejadian, pesawat itu sedang berada pada ketinggian 33,000 kaki (10,100m).

“Peralatan yang dilihat memusnahkan pesawat itu kini dilihat menjurus kepada pemberontak pro-Russian dan teknologi Russia,” katanya.

Naib Presiden Analisis Taktikal di Stratfor; Scott Stewart pula, laluan penerbangan MH17 menyamai laluan penerbangan dua pesawat yang turut ditembak jatuh pada minggu-minggu sebelumnya.

Ukraine dilihat tidak mungkin menyebabkan pesawat MH17 terhempas kerana sistem radar negara itu lebih sofistikated dan canggih serta ia mampu mengesan pesawat berkenaan sebelum ia ditembak.

Seperti yang didesak, Rusia harus menghentikan sandiwara dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam kehilangan ratusa nyawa penumpang-penumpang MH17 ini.

Oleh : KUMBANG WIRA

Contact Form

Name

Email *

Message *