Bergaya Sungguh - KJ Tempah 6 Baju Melayu Hipster Dari Zery Zamry


Kalau bercakap mengenai busana yang bakal digayakan di pagi lebaran, pastinya ramai daripada kita sudah pun membeli atau pun menempah untuk kelihatan bergaya di pagi 1 Syawal.

Tidak ketinggalan, Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin yang dah siap tempah enam pasang baju Melayu daripada pereka fesyen terkenal, Zery Zamry, baru-baru ini.

Namun jangan tak tahu, baju Melayu yang ditempah YB Khairy bukan seperti baju Melayu biasa, sebaliknya baju Melayu Hipster yang dikeluarkan di bawah jenama Zery Zamry.

Menurut Zery pada mulanya dia pun tak percaya YB Khairy berminat untuk mendapatkan persalinan baju Melayu Hipster rekaannya.

“Mula-mula ketika terima mesej di Whatsapp, sama seperti pelanggan lain, YB Khairy bertanyakan bagaiman jika ingin menempah. Setelah menerangkan semua, dia memberitahu bahawa dia adalah YB Khairy Jamaluddin.

“Pada mulanya saya tidak percaya kerana tidak sangka pula koleksi baju Melayu Hipster saya mendapat perhatian YB yang memberitahu melihatnya di Instagram. Setelah bersetuju kami bertemu dan YB Khairy telah menempah enam pasang koleksi Baju Melayu Hipster by Zery Zamry,” katanya memetik portal Murai.


Tapi, memang menarik pun rekaan Zery yang sangat unik dan lain daripada kebiasaan baju Melayu sedia ada, buat pembaca lelaki Mynewshub.my takde satu ke yang berkenan di hati anda selepas melihat baju Melayu Hipster ni?




Oleh: AUDREY LEE

Contact Form

Name

Email *

Message *