Bekas Isteri Dedahkan Kecurangan Yang Dilakukan Oleh Sham Kamikaze, Dakwanya Ada Bukti ?



NAMPAKNYA, selepas satu, satu lagi kontroversi melanda bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Mohd Salleh atau Sham.

Baru-baru ini, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memutuskan pernikahannya dengan isterinya, Nurul Halimin Mohd Salleh adalah tidak sah dan terbatal.

Ia berikutan pernikahan tersebut dijalankan oleh wali hakim yang tidak sah dan proses pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.

Belum pun reda kepanasan berikutan kontroversi itu, satu lagi pendedahan dibuat oleh bekas isterinya, Farazila menerusi sisipan BiPop, semalam.

Ia berkisar mengenai bukti kecurangan Sham sewaktu masih bergelar suami Farazila yang disimpan dalam lima ‘hard disk’ atau cakera keras.

Di sini kami sertakan penjelasan yang agak panjang darinya:


“Sham melafazkan talak kepada saya pada jam 7 malam, 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal. Puncanya berkaitan dengan sikap mata kerajangnya. Bukan saja dikaitkan dengan Nurul Halimin, tetapi dia juga bersama wanita lain yang berhijrah ketika itu.

Bagaimanapun Sham datang merujuk secara perbuatan di rumah keluarga saya di Batu Pahat, Johor selepas 15 hari melafazkan cerai. Saya terpaksa akur dan duduk kembali bersamanya di kediaman di USJ, Subang, sehinggalah saya ingin memfailkan penceraian pada Ogos 2012 apabila menjumpai bukti cakera keras yang merakamkan kecurangan bekas suami itu. Lima cakera keras itu kini berada di simpanan pihak polis.

“Maknanya saya masih isterinya ketika dia berkahwin secara senyap-senyap dengan Nurul Halimin. Saya dan Sham bercerai kerana saya tahu kecurangannya. Saya tahu apa yang saya katakan ini akan menjadi bahan kritikan penyokong Sham. Saya tidak peduli kerana saya tahu penyokongnya masih buta hati.

“Saya sudah beri amaran, jangan kaitkan nama saya lagi. Selama ini sudah lama saya berdiam dan sabar apabila kenyataan saya dianggap fitnah dan tuduhan liar, sedangkan Sham tahu apa yang dilakukan.

“Apakah hukumnya apabila seorang suami menafikan perkahwinannya? Bukankah sudah jatuh talak apabila menafikan perkahwinan secara terang-terangan? Adakah dengan kenyataan ini orang di luar masih mengatakan saya membuat tohmahan dan dakwaan liar. Kenapa sekarang Sham berani memutar belit kenyataan mengatakan dia berkahwin kali kedua dan bukannya berkahwin dua, sedangkan ketika berkahwin, saya masih isterinya!!

“Di sini saya berharap orang luar dapat membuat pertimbangan sendiri. Layakkan manusia sebegini diangkat sebagai pendakwah sedangkan beliau suka berbohong? Saya pelik sebagai seorang penceramah yang sibuk membetulkan kesalahan orang sana sini, tidakkah Sham tahu rukun pernikahan sehingga melantik orang yang tidak bertauliah.”

April lalu, Farazila juga pernah membuat pendedahan mengenai sikap Sham yang dikatakan hipokrit walaupun sudah berhijrah.

Mungkin ada yang berkata bekas isterinya itu tidak sepatutnya membuka lagi kisah lama mereka, namun siapa tahu mungkin hatinya terlalu sakit dengan tuduhan peminat yang menyokong Sham sebelum ini, tak gitu? Oleh: ELZA

Contact Form

Name

Email *

Message *