Kontroversi yang melanda Hanez Suraya sebelum ini yang mengatakan dia mempunyai hubungan dengan suami orang akhirnya terjawab sudah apabila sidang media diadakan pada hari ini.
Daripada susulan kes tersebut Hanez Suraya meminta permohonan maaf daripada isteri kepada Mr R atau kini lebih dikenali sebagai Romin Razin Adilha kerana memfitnah dan telah menyebabkan artis dan duta kepada Aura White ini menanggung malu.
“Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka dengan semua tohmahan yang telah dia aibkan, Kalau boleh permohonan secara terbuka seperti sidang media yang telah saya lakukan hari ini”
Hanez Suraya juga telah memberitahu bahawa kariernya juga turut terkena tempias dengan apa yang telah terjadi selama beberapa minggu ini dan berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.
“Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera, dan saya tidak mahu lagi keadaan menjadi keruh dan saya juga tidak memberikan tempoh masa untuk pihak (Liyana) di sana untuk meminta maaf. Tetapi saya mahu nama saya dibersihkan kerana satu Malaysia kini mengenali saya dengan kontroversi ini,” katanya.
Buat pengetahuan anda semua R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34 masih lagi berstatus suami kepada Nurliyana dan mempunyai 2 orang anak hasil daripada perkahwinan mereka dan kes penceraian mereka masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.
Sumber: rotikaya