Respon Liyana Manan isu didesak minta maaf oleh Hanez Suraya - Dalam satu sidang media semalam, Hanez Suraya dan Romie mendesak Liyana Manan agar tampil menyatakan permohonan maaf kerana memalukan mereka berdua di khalayak umum menerusi pendedahan di media minggu lalu.
Tindakan Hanez dan Romie itu mendapat respon negatif dari orang ramai memandangkan beliau yang sepatutnya memohon maaf Liyana.
Liyana Manan yang ditemubual Berita Harian hari ini dilihat terkejut dengan permintaan Hanez Suraya termasuk tindakan undang-undang yang bakal diambil jika gagal. Katanya, tiada alasan kukuh dia perlu minta maaf secara terbuka kepada mereka.
“Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf pada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam macam lagi.”
“Saya masih isteri Romie, belum bercerai lagi. Itu hakikatnya. Apabila saya bersuara dan tampil kemukakan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tidak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes penceraian kami selesai dulu.”
Sementara itu, Liyana mengakui pernah menfailkan penceraian terhadap suami pada tahun 2011 atas sebab sama dan kali kedua pada Oktober tahun lalu.
“Tidak guna hidup bersama lagi dengan suami bersikap dingin, lalai serta tidak sayang kepada isteri dan anak anak.”
Sumber: plbgaimacam