Almy Nadia Menayangkan Perutnya Yang Membesar Melebihi Saiz!!!




KUALA LUMPUR, 29 NOV 2014: Pelakon Almy Nadia engan mengulas mengenai gosip yang tersebar yang mendakwa dia kini sedang hamil anak kembar ekoran saiz perutnya kini yang kelihatan lebih besar daripada usia kandungannya. 


Almy Nadia yang kini hamil enam bulan itu berkata dia tidak mahu mengambil pusing dengan kata-kata yang boleh memberi tekanan kepada dirinya daripada pihak luar. 


“Saya tak mahu ulas pasal anak kembar atau kenapa saiz perut saya besar, yang penting anak dalam kandungan saya ini sihat dan cukup sifat semuanya. 


“Lagipun saya sudah tidak mahu ambil pusing lah apa yang orang nak kata mengenai kandungan saya kerana saya tidak mahu ada tekanan buat masa ini. 


“Biarlah mereka nak kata apa kerana mereka yang tanggung dosa jika mereka menghina saya. Saya pula dapat pahala jika mereka mengata,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi. 


Kemarin, foto Almy yang menampakkan perutnya kini yang semakin besarndi laman sosial Instagram telah mendapat perhatian peminat yang menjangka dia kini sedang hamil anak kembar. 


Bercakap mengenai persiapan menyambut anak sulungnya dengan pelakon Fizz Fairuz itu, Almy memberitahu dia kini belum membuat perisapan penuh untuk bakal bayinya itu kerana tidak mahu terlalu teruja. 


“Kami belum buat perisapan penuh lagi kerana orang tua-tua kata tak elok terlalu teruja dan beli barang baby awal-awal kan. Jadi kami mungkin akan mula buat persiapan penuh bila masuk bulan ke-8 nanti,” ceritanya lagi. 


Almy sekarang masih lagi berehat dan akan mula aktif dalam bidang seni setelah selamat melahirkan bayinya serta selesai berpantang kelak.

Contact Form

Name

Email *

Message *