PELIK TAPI BENAR - Dua DJ Buat Payudara Untuk Rasai Menjadi Seperti Wanita Sebenar!











UNTUK merasai dan memahami apa sebenarnya cabaran dan dugaan menjadi seorang wanita, dua juruhebah radio lelaki di Jerman, John dan Rasheed mengambil keputusan menjalani prosedur pembedahan kosmetik untuk menanam payudara palsu yang bertahan hanya untuk 24 jam.

Sebelum menjalani pembedahan, Rasheed sempat memohon maaf kepada ibunya sementara John pula membawa sekali isterinya dan bikini milik isterinya sebagai sokongan moral untuk dirinya.


Melalui prosedur kosmetik itu, dua deejay ini disuntik sejenis cecair sehingga bahagian dada mereka kelihatan membengkak, kemudiannya bahagian itu dipam dengan 700 mililiter (ml) cecair lagi agar mendapat bentuk payudara idaman.

Payudara palsu itu secara realitinya sangat keras seperti batu, tetapi doktor menyakinkan bahawa mereka akan rasa seperti payudara wanita sejam selepas pembedahan dilakukan.






Perkara pertama yang dilakukan dua deejay itu selepas payudara mereka tumbuh adalah memakai coli yang kemudiannya dimuatnaik di Internet.

Selepas itu, mereka ke pusat kecergasan gim untuk berlari di atas treadmill dan bersenam. Baru beberapa jam di situ, mereka sudah berasa tidak selesa dengan bentuk tubuh seorang wanita.

“Memakai coli adalah satu perkara memeritkan dan setiap wanita di seluruh dunia perlu diberikan pingat dan medal atas kesanggupan memakai coli,” kata John yang kini menyedari betapa susahnya bergelar seorang wanita yang sentiasa diperhatikan payudara mereka oleh kaum Adam di luar sana.

Contact Form

Name

Email *

Message *