Lepas Satu Persatu Isu, Selepas Isu Sentuh Anjing Kini Timbul Plak Kempen Sentuh Ular Pula?
Selepas Isu Sentuh Anjing Kini Kempen Sentuh Ular Pula? | Selepas berlalu kontroversi program “I Want to Touch a Dog” sehingga mengundang kemarahan ulama, Kelantan tampil meredakan keadaan dengan menganjurkan “I want touch a snake”.
Program itu dianjurkan sempena pameran ular oleh Muzium Negeri Kelantan selama sebulan bermula semalam.
Pameran ular yang turut disertai ‘puteri ular’ itu merupakan kali ketiga diadakan di muzium berkenaan iaitu pada 2006, 2010 dan 2014.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Datuk Hassan Mohamood berkata, program itu boleh mengingatkan umat Islam terhadap kebesaran kejadian Allah Taala.
“Dalam keseronokan kita menyaksikan pelbagai spesis ular, sama-sama kita mengingati kebesaran Allah SWT serta menjauhi larangan-Nya.
“Jika ular di dunia kita sudah merasa gerun, bagaimana pula dengan ular yang menunggu kita dalam alam kubur nanti,” katanya selepas perasmian pameran ular anjuran Muzium Negeri di sini hari ini.
Pelbagai aktiviti diadakan sempena pameran berkenaan termasuk pertunjukan ular, wanita bersama ular, Fun With Reptiles dan pameran misteri sang buaya. Program berkenaan bertema I Want Touch A Snake.
Pelbagai jenis spesis ular dan reptilia dipamerkan. Pameran diadakan bermula jam 9 pagi sehingga 10 malam. Harga tiket dewasa (RM4), kanak-kanak (RM3) dan kanak-kanak pakaian seragam sekolah (RM2).
Pengarah Muzium Negeri, Dr Nik Azlan Nik Abdul Hadi berkata, sebanyak 150 ekor ular pelbagai jenis dipamerkan, di samping 70 ular tedung bersama puteri ular dalam bilik kaca.
“Orang ramai berpeluang menyaksikan pertunjukkan ular tiga kali sehari iaitu pada jam 12 tengah hari, 5 petang dan 9 malam,” ujarnya.
Dalam pada itu Pameran Gadis Ular yang berasal dari Pulau Pinang, Rahiza Abdul Rahim, 28, di Muzium Negeri di sini di beri amaran sekiranya wanita berkenaan gagal mematuhi peraturan menutup aurat.
Ini berikutan terdapat aduan yang diterima mendakwa wanita bersama ular di dalam biik kaca, gagal menutup aurat (bertudung) ketika mengadakan persembahan.
Sekiranya perkara ini terjadi, hasrat Rahiza Abdul Rahim, 28, untuk tinggal bersama 70 ekor ular berbisa selama sebulan di dalam bilik kaca di Muzium Negeri tidak akan kesampaian. – sumber -