Gosip Artis Izzara Aishah Mengaku Berpacaran Dengan Adib Khalid Serta Koleksi Gambar Mereka...






Pelakon cantik, Izzara Aishah mengakui dia dan anak tiri Dato' Siti Nurhaliza, Adib Khalid kini sedang bercinta. Menurut Izzara dia dan Adib masing-masing faham dengan status hubungan mereka, jadi mereka tidak pernah membincangkan atau mengiktiraf status hubungan mereka secara rasmi.

“Memang benar saya dan Adib Khalid berpasangan. Memandangkan kami berdua sudah dewasa jadi tidak wujud istilah 'official' dan sebagainya. Ianya seperti kami sendiri faham mengenai hal hubungan kami ini.

Istimewanya Adib adalah kerana dia merupakan seorang yang 'full of surprises'. Malah dia juga seorang yang berbeza daripada apa yang saya dengar. Saya merasakan saya lebih mengenali Adib sekarang berbanding ketika berkawan dahulu,” ujar Izara ketika bercakap kepada GUA baru-baru ini.

Tidak dinafikan hubungan cinta antara pelakon, Izara Aishah dan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza itu bukan lagi rahsia. Malah pasangan sejoli ini juga sering memuat naik gambar satu sama lain di akaun sosial milik mereka.











Foto yang dimuat naik oleh Izzara di akaun Instagram miliknya

Menurut Izara, mereka berdua masih saling mengenali hati budi dan belum memikirkan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya. Tambah Izara, buat masa ini mereka enggan melibatkan hal keluarga kerana hubungan mereka masih berada dalam peringkat awal lagi.

Dalam perkembangan terkini, Izara sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul 'Teman Lelaki Upahan'. Izara memegang watak pembantu dan heroin untuk drama tersebut adalah Siti Elizad manakala heronya pula adalah Ungku Ismail.

“Saya sedang menunggu empat buah filem yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan iaitu Showdown The Movie, Pilot Cafe, Gangsterock dan Sinaran. Ramai yang mengatakan saya agak senyap, mungkin kerana belum ada lagi produk saya yang mendapat sambutan hangat seperti 'Vanila Coklat'.

Malah saya juga lebih banyak menerima tawaran filem berbanding drama pada ketika ini. Saya juga sebenarnya meminati bidang tarian dan kerana itulah saya menerima tawaran berlakon filem 'Showdown The Movie',” ujar Izara mengakhiri perbualan.



Contact Form

Name

Email *

Message *