Kenaikan Harga Rumah Yang Membimbangkan, Apakah Nasib Golongan Yang Berpendapatan Bawah RM1500 Pulak Tinggal Di Bandaraya ?




Kenaikan Harga Rumah Naik Teruk di Johor Bahru, Penang, KL. Gaji RM7,000 Tinggal Sedikit Sahaja Hujung Bulan : Hari ini, mungkin ada yang merasakan kalangan yang berpendapatan RM5,000 sudah cukup selesa untuk memiliki dan membeli rumah sendiri yang terdiri daripada golongan profesional antaranya ialah pengurus syarikat, pensyarah, peguam contohnya. Betulkah?


Walaubagaimanapun, pastinya yang terkesan untuk membeli dan memiliki rumah sendiri pastinya kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan dan gaji RM1,500 sebulan kerana terus dihimpit teruk dengan kos sara hidup di Malaysia hari ini.

Realitinya berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar mendedahkan rakyat malaysia yang gaji dan pendapatan di Malaysia lebih RM7,000 sebulan pun, bukannya jaminan untuk memiliki rumah sendiri? Setujukah anda?


KLIK JUGA SINI : Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres Pada Tahun 2020!!
Trend Kenaikan Harga Rumah diMalaysia : Kajian Dr Nor Malina Malek & Dr Azrina Husin

Hasil kajian Dr Nor Malina Malek, Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia dan dan Dr Azrina Husin

Harga rumah di Malaysia telah melonjak kepada peras yang tidak masuk akal
Trend kenaikan harga rumah mula diperhatikan naik mendadak sejak tahun 2012 lagi
Contoh : tiga bilik apartmen dengan dua bilik mandi yang tidak melebihi 1,000 kaki persegi (92.9 meter persegi) di pinggir bandar hari yang dijual hari ini RM245,000.
Dengan pinjaman bank 90% daripada jumlah harga rumah, natijahnya peminjam terpaksa berhadap kadar insuran yang lebih RM1,000 sebulan sekaligus merosakkan “pendapatan boleh guna” rakyat Malaysia
Trend kenaikan harga sangat teruk di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang sekaligus hampir mustahil untuk mencari sebuah rumah dengan harga seperti itu di bandar-bandar besar
Sedangkan 40% daripada penduduk banda-bendar besar ini hanya golongan yang berpendapatan serdahana
85.1% daripada responden hanya mampu beli rumah dalam lingkungan RM50,000 hingga RM200,000
REDHA menganggarkan permintaan purata bagi rumah di Malaysia adalah 150,000 unit setahun. Ini adalah berdasarkan kepada pertumbuhan penduduk dan pembentukan isi rumah yang berlaku sekarang ini
Responden dilihat lebih suka menyewa daripada menghadapi tekanan dari perjalanan yang panjang dan menyusahkan (kesesakan lalulintas) dan kos bahan api yang tinggi setiap hari dan setiap bulan
Bantuan PR1MA tidak yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan sederhana yang dijual antara di antara RM100,000 dan RM400,000 sekaligus tidak lagi mampu menyelesaikan masalah sebenarnya yang membelengu rakyat Malaysia

RM7000 dilihat tidak cukup apabila melihatkan kos perbelanjaan seperti di bawah ini :

Harga rumah RM340,000 : Bulanan RM1450
kos penjagaan kanak-kanak di bandar adalah sekurang-kurangnya : RM250 sebulan dan ke atas
Jika seseorang itu mempunyai tiga kanak-kanak, dan kemudian perlu membayar yuran pengangkutan RM90 setiap kanak-kanak : (250×3) + (90×3) bersamaan : RM1020
Mereka ini tidak layak menerima BR1M
Mereka ini juga terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup sendirian termasuk kenaikan harga minyak
Pinjaman kereta Nissan Almera : RM800 sebulan
Minyak Kereta : RM400 sebulan
Susu + pampers anak : RM300
Barang Dapur : RM500 sebulan
pinjaman pendidikan, sumbangan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) RM770 sebulan dan perbelanjaan harian.
Selepas semua kos telah ditolak, pendapatan boleh guna yang bersih

Contact Form

Name

Email *

Message *