Penyanyi Yuna Dipilih Bintangi Kempen Iklan Barney New York... Mekar Berkembang!




NAMA Yunalis Zarai atau Yuna memang tidak dapat dinafikan kini semakin mekar berkembang di negara Amerika Syarikat.

Selain dikenali dengan lagu-lagu nyanyian yang merdu, Yuna juga digemari ramai kerana fesyen turban unik yang diketengahkannya.

Terbaharu, Yuna telah dilantik menjadi antara 76 wajah kempen untuk jenama fesyen Barney New York bergandingan bersama individu-individu lain yang bermastautin di negara Uncle Sam itu.

Tema bagi musim bunga Barney New York pada tahun ini ialah kempen yang diberi nama Brothers, Sisters, Sons & Daughters.

Oleh: JULIANA JOHAR

Contact Form

Name

Email *

Message *