Berita,
Foto,
Gambar,
Hiburan,
Info,
Jenayah,
Kisah Benar,
Ngeri,
Panas,
Pelik,
Semasa,
tutorial
Edit
Ketahui Punca Sebenar Lelaki Dibaham Harimau Putih!
PUNCA SEBENAR LELAKI DIBAHAM HARIMAU DALAM ZOO TERJAWAB | Satu kejadian yang mengerikan yang melibatkan seorang lelaki dibaham harimau putih di depan pengunjung Zoo Delhi telah menjadi topik hangat di seluruh dunia.
Mangsa terjatuh ke dalam kandang harimau berkenaan secara tidak sengaja selepas tergelincir kerana besi penghadang yang terdapat di situ terlalu rendah.
Hasil siasatan Zoo mendapati mangsa, Maqsood memanjat besi penghadang sebelum turun ke kawasan berumput yang memisahkan besi penghadang itu dengan kawasan kandang.
Mangsa dipercayai mempunyai masalah mental dan datang ke zoo seorang diri pada hari kejadian selepas bertengkar dengan ibunya kerana tidak pergi bekerja. Mangsa memanjat dinding konkrit paras lutut lalu terjun ke kandang harimau.
Gara-gara berasa terancam dengan kehadiran Maqsood, harimau putih tersebut mendekati mangsa secara pelahan-lahan. Mangsa yang ketakutan melutut dan bersandar di dinding kandang selama 10 minit.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu cuba mengalihkan perhatian harimau itu dengan membaling pelbagai objek pejal dan berbuat bising menyebabkan harimau itu berasa terancam dan bertindak mengigit leher mangsa lalu menggonggongnya pergi ke tempat lain dalam keadaan yang berlumuran darah.
Harimau putih seberat 200KG itu kelihatan normal serta meneruskan rutin harian seperti biasa selepas kejadian itu. Pihak zoo tidak bercadang mengeluarkan harimau itu kerana ia dilahirkan dan dibesarkan di zoo berkenaan selama ini serta dianggap jinak.
Apa yang terjadi itu adalah reaksi normal haiwan berkenaan apabila kawasannya diceroboh secara tiba-tiba. Harimau itu tidak akan menyerang dan hanya bertindak ganas apabila salah seorang pengunjung membaling batu ke badannya.