Isu Panas.. Remaja Jadikan Bas Sebagai Tempat Buat 'PROJET'
PASANGAN KEKASIH MELAKUKAN PERBUATAN MELAMPAU DALAM BAS | Kuantan: Seorang pemandu bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur terpaksa memberhentikan kenderaannya selepas terkejut melihat aksi sepasang kekasih sedang melakukan seks oral dalam bas itu, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, pemandu berusia 39 tahun menyaksikan adegan itu menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam kenderaan berkenaan.
Sumber polis berkata, pemandu bas itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Cherating sebelum pihaknya menahan pasangan kekasih itu dan meneliti rakaman CCTV itu untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, rakaman selama tujuh minit menunjukkan bahawa remaja berusia 20 tahun yang juga pelajar jurusan perakaunan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Terengganu sedang melakukan seks oral terhadap pasangannya yang juga berusia 20 tahun.