Gila Seks Ganas - Lelaki Buat Eksperimen Terhadap Isterinya Dengan Memasukan (***) Ke Dalam Kemaluan Isterinya!!!





SUAMI SUMBAT PELBAGAI OBJEK DALAM KEMALUAN ISTERI | KUANTAN: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan melakukan #se-ks ganas ke atas isterinya dengan memasukkan objek ke dalam #kema-luan wanita itu, Ogos lalu.


Tertuduh, Mohd Maidin Mohd Kassim, 56, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sebaik kertas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kanan Ahmad Zamzani Mohd Zain.


Mengikut pertuduhan, Mohd Maidin yang memakai baju lokap berwarna ungu didakwa memasukkan objek seperti cota, timun dan kayu yang dibalut dengan getah ke dalam #far-aj isterinya berusia 38 tahun, antara jam 1 pagi hingga 5.30 pagi, 22 Ogos lalu.


Kesalahan dilakukan di rumah mereka di Kilometer 3, belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Gemok, Rompin, sebelum isterinya yang tidak tahan dengan perlakuan ganas itu membuat laporan polis.


Pendakwaan kes dilakukan Penolong Pendakwaraya, Mahadi Abdul Jumaat.


Bagi pertuduhan itu, Mohd Maidin yang kelihatan gelisah berdiri dalam kandang tertuduh, didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.


Ahmad Zamzani tidak membenarkan tertuduh diikat jamin sehingga kes itu disebut semula pada 17 Oktober ini, kerana dikhuatiri dia akan mengulang perbuatan itu berikutan tinggal serumah dengan mangsa, selain mempunyai dua anak perempuan yang masih kecil.

Contact Form

Name

Email *

Message *