Berita Gempak - Berita MH131 Mendarat Cemas Di 'ICELAND' Tersebar Meluas...


MH131: BERITA PALSU MH131 MENDARAT CEMAS DI ICELAND | Berita palsu pesawat MAS MH131 mendarat cemas di Iceland tersebar.


Menerusi laman sosial pada 17 September 2014, pengguna khususnya di Malaysia digemparkan dengan dakwaan insiden MH131 terpaksa mendarat cemas berikutan masalah teknikal ketika melalui kawasan letusan gunung berapi di Bardarbunga, Iceland.


Khabar angin itu pada mulanya disebarkan menerusi portal berita antarabangsa worldnewsdailyreport.
com. Hasil siasatan mendapati portal tersebut merupakan portal berita yang tidak sahih serta palsu. Pada masa yang sama, foto yang digunakan dalam artikel tersebut diambil daripada peristiwa insiden MH370.


Untuk menguatkan lagi dakwaan berita tersebut adalah palsu, kod penerbangan MH131 yang diguna pakai untuk menyebarkan khabar angin bukannya dari Paris ke New York tapi kod MH131 sah digunakan untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Auckland.


Petikan Berita Palsu MH131 Mendarat Cemas Di Iceland





Bukti World News Daily Report Adalah Portal Berita Palsu





Bukti Kod MH131 Bukan Penerbangan Dari Paris Ke New York





Penerbangan Kod MH131 adalah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Auckland.

Contact Form

Name

Email *

Message *