Alyah Muatnaik Gambar Akaun Pengikutnya Yang Biadap Di Instagram





SESEKALI, ada bagusnya juga jika komen dan identiti segelintir pengikut Instagram selebriti yang biadap disiarkan seperti yang dilakukan oleh penyanyi Alyah ini.

Bak kata orang, kalau sudah masuk ke ‘rumah’ orang, jagalah adab dan perkataan.

Jika dilihat, komen pengikut tersebut mengenai kontroversi pernikahan yang melanda Alyah langsung tidak sesuai dengan penampilan pada gambar profil yang digunakan di akaunnya.

Alyah turut memuatkan satu lagi ‘screenshot’ akaun lelaki tersebut dengan ‘caption’:


“Nampak terpelajar tapi syg dlm hati ada hasad dengki n suka ckp sesuatu
yg negetive di kawasan orng. saya ok saja cuma saya nak dia tahu jgn sesekali masuk rumah orng dan sewenang wenangnya txt sesuatu sesuka hati.sekali lagi saya ulangi mahu caci saya di tempat lain tiada hak saya atau kuasa saya.tapi bila masuk rumah saya dan melakukan sesuatu yg mencalar maruah saya.saya akan bangun pertahankan.ingat!!!!!diam saya bukan saya takut dgn orng mcm ni diam saya kerana saya tahu kebesaran Allah swt buat saya….”



Ha, ingat ya artis juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan.

Jangan ingat dengan menitipkan komen yang bukan-bukan, mereka tidak akan membacanya. Hati-hati ya…



Oleh: ELZA

(Sumber: Instagram Alyah)

Contact Form

Name

Email *

Message *