Zalif Sidek: Saya Tahu Dia Tunang Orang… Tapi Kenapa Dia Masih Memilih Tunangan Orang Tersebut?



Pelakon Zalif Sidek mengakui wanita yang kini dikatakan rapat dengannya adalah tunangan orang.

Sebelum ini, Saya ada menulis mengenai kenyataan Zalif yang mengatakan dia kini sedang dalam proses mengenali hati budi wanita tersebut.

Tup-tup mengaku yang wanita tersebut merupakan tunangan orang.

Hai, beraninya Zalif kacau tunangan orang.


Ini merupakan kenyataan Zalif yang dipetik menerusi sebuah akhbar tempatan ketika ditanya mengenai status wanita terbabit.

“Saya sudah mengenalinya sejak 10 tahun yang lalu dan ingin saya nyatakan bahawa saya tahu yang dia merupakan tunang orang.

“Shahirah banyak meluahkan perasaan kepada saya tentang masalahnya dengan tunangnya dan perbincangan kami tidak lebih daripada itu,” katanya. Kalau tak mahu apa-apa masalah di kemudian hari, lebih baik Zalif jarakkan dirinya dengan Shahirah, kang tak pasal-pasal dek kerana Zalif, pasangan yang sudah bertunang itu bergaduh pulak.

Contact Form

Name

Email *

Message *