Panas Tersangale - Ada Lagi Bogel 2.0 Pulak Di Pulau Pinang Disember Depan ?



Belum pun selesai siasatan video Sukan Bogel Pulau Pinang yang diadakan dua bulan lepas, satu lagi pesta sukan bogel yang bakal diadakan di pulau yang sama hujung tahun ini didedahkan.

Program yang bakal diadakan itu kali ini dinamakan Sukan Bogel Teluk Kampi dijadualkan pada 15 Disember tahun ini dengan tema Tahun Melawat Pulau Pinang di atas poster promosinya.

Jika dilihat imej Pantai Teluk Kampi, ia seakan-akan sama dengan pantai yang diadakan program sukan bogel yang didedahkan berlaku dua bulan lepas itu.

Rupa-rupanya pantai rahsia ialah Teluk Kampi.

Penganjuran pesta berbogel kali ini difahamkan sudah diketahui oleh beberapa orang pemimpin PAS Negeri Pulau Pinang.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang; Afnan Hamimi Taib Azamudden dalam satu sidang media sebelum ini turut mendedahkan bahawa akan diadakan lagi pesta bogel di pulau pelancongan itu hujung tahun ini.


Dalam kenyataan beliau, Afnan Hamimi sudah pun meminta agar kerajaan negeri bertindak agar penganjuran program tidak bermoral seperti itu dilarang sama sekali.

“Pemuda PAS mendesak supaya pihak berkuasa termasuk Kerajaan Negeri dan pihak-pihak berwajib lain yang berkaitan supaya menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur yang turut merancang untuk menganjurkan aktiviti yang sama pada Disember 2014 nanti,” katanya.

Beberapa laman blog Melayu dan Islam sudah mula mempersoalkan perkara ini apabila ia dilihat sudah pun siap dengan poster promosi yang diedarkan untuk memaklumkan berkenaan program bogel itu.



Apa lagi jawapan yang akan diberikan oleh pimpinan DAP dan Ketua Menterinya Lim Guan Eng apabila penganjuran baru ini pula terdedah.

Takkanlah perbuatan mahu berbogel sebegini rupa, tak diketahui langsung oleh para pemimpin DAP mahupun orang kuat parti itu, mesti ia sudah diketahui.

Biarlah, apapun pihak Polis Pulau Pinang pastinya akan mengambil kira maklumat terbaru bahawa ada lagi program bogel akan diadakan di pulau berkenaan dua kali dalam tahun yang sama.

Oleh : KUMBANG WIRA

Contact Form

Name

Email *

Message *