Nampaknya Cubaan Tipu Pengguna? Patutnya Beli Dua Dapat Lagi Murah Ler.. Padahal Kalau Dikira Harga Yang Sama ?




Sekarang ini, apa yang tak puas hati semuanya diadukan di laman siber terutama bila melibatkan hak kepenggunaan.

Dari satu sudut, bagus juga kerana ia boleh menjadi panduan untuk pengguna lain berhemah ketika berbelanja.

Sebagai contoh, terdapat pengguna membuat aduan bahawa sebuah pasar raya di Shah Alam didapati mengelirukan pengguna apabila menjual ubat gigi pada harga lebih mahal untuk dua pek berbanding satu pek sahaja.

Sedangkan sepatutnya, pengguna dapat lebih berjimat jika membeli dua barangan sekaligus.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan bagi sebilangan pengguna yang sudah terbiasa dengan konsep penjimatan dengan membeli cara pukal, mereka mungkin akan terus mencapai pek ubat gigi berkembar tersebut sedangkan hakikatnya ia tindakan yang merugikan.

Diharapkan pasar raya terbabit dapat mengambil perhatian kerana jangan tak tahu, pengguna hari ini terutama kaum ibu sanggup tawaf dua tiga pasar raya berbeza semata-mata untuk meninjau harga dan mendapatkan penjimatan meskipun cuma beberapa sen tau!



Oleh: REM RAMZI

Contact Form

Name

Email *

Message *