Kini Jihan Muse Jadi Pengacara Diari Akademi Fantasia 2014?



Kemeriahan program Akademi Fantasia (AF) 2014 semakin dirasakan apabila dikhabarkan pihak produksi sudah pun memilih calon-calon pelajar untuk rancangan realiti tersebut.

Selain itu, menerusi artikel Metro Ahad, pelakon dan pengacara popular, Zizan Razak masih lagi diberikan peluang mengacarakan konsert mingguan AF.

Namun, sesuatu yang menarik apabila pelawak dan pelakon wanita yang semakin meningkat naik, Jihan Muse turut ditawarkan menjadi hos untuk Diari AF yang bersiaran selama setengah jam pada setiap hari.

Mungkin pihak produksi ingin menyuntik kelainan selain mengetengahkan bakat pengacaraan Jihan yang semakin menyerlah lebih-lebih sejak mengacarakan program Resepi Memikat Suami, yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan lalu.

Jadi, kita tunggu dan lihat apakah kelainan yang cuba ditampilkan Jihan agar rancangan ini terus relevan di kalangan penggemar industri hiburan tempatan.

Oleh: JULIANA JOHAR

Contact Form

Name

Email *

Message *