KEMASKINI: Pasangan Separuh Bogel Di Ipoh Kini Dalam Perhatian!



EH, apa kes pasangan ini sampai nak berjalan separuh bogel di tengah-tengah bandar ni?

Gambar yang dikongsikan menerusi
Facebook Wikipedia Rakyat ini dikatakan dirakam di Ipoh, Perak.

Tidak dapat dipastikan sama ada ia dilakukan untuk tujuan suka-suka atau mempunyai tujuan tertentu.

Apapun, ia tidak manis untuk dilakukan di khalayak ramai terutamanya di negara ini.

Kalau nak buat sekalipun, pilihlah tempat yang lebih tertutup.

Nanti tak pasal-pasal ada yang langgar tiang lampu gara-gara terlalu leka ‘cuci mata’…



**KEMASKINI**

Hasil carian kami di laman sosial telah menemukan jawapan kepada tujuan pasangan ini ‘bersiar-siar’ dalam keadaan separuh bogel.

Rupa-rupanya, mereka sedang menjalani penggambaran untuk perkahwinan.

Ia dinyatakan menerusi akaun Facebook milik Boii Amani Hashim dan turut disertakan dengan satu lagi gambar yang lebih jelas.

Apapun alasannya, kami tetap kurang bersetuju dengan lokasi yang dipilih bagi menjayakan sesi bergambar tersebut yang boleh disifatkan kurang sopan untuk dipertontonkan kepada umum.

Oleh: ELZA

Contact Form

Name

Email *

Message *