Hai Cik Adik Ni Bagi Isyarat Apa? Nak Gaduh Tau Nak Ehem....
Rasanya pada zaman sekarang semua orang dah maklum apa maksudnya bila jari tengah ditunjuk.
Tak kisahlah jika merujuknya sebagai isyarat lucah atau mahu cari gaduh, ia sangat tak sesuai dilakukan terutama oleh seorang perempuan cantik berbangsa Melayu beragama Islam.
Sudahlah cantik berbangsa Melayu beragama Islam, cik adik manis bertudung litup ini lengkap pula memakai uniform siap tag nama. Lagilah tak sesuai. Seperti biasa isu gambar begini bermula daripada niat mahu bersuka-suka sahaja tapi lain kali ingat molek, ia sedikit sebanyak mampu memberi cerminan kurang baik pada imej anda sebagai wanita terutama jika ditunjuk pada bakal mentua.