Gempar - Neelofa Bakal Berkahwin Dengan Kerabat Diraja?




Bukan sedikit kontroversi yang pernah melanda aktres jelita ini, namun Neelofa dilihat sangat tenang dalam menghadapi perkara tersebut yang merupakan asam garam kehidupan anak seni.

Terbaharu, Neelofa digosipkan mempunyai hubungan dengan seorang kerabat diraja dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Tak tahu macam mana gosip ini boleh tersebar namun ketika sebuah akhbar tempatan mahu mendapatkan komen Neelofa mengenai cerita tersebut, ini kata Lofa, “saya tidak mahu sebarang temu ramah. Maaf. Bulan ini dan bulan depan, saya tidak menerima sebarang temu ramah. Beri saya ruang”.

Setelah dilaporkan putus cinta dengan pelakon dan pengarah Hans Isaac Februari lalu, tak dengar pula nama Lofa dikaitkan dengan mana-mana lelaki, tup-tup timbul cerita dia bakal berkahwin dengan kerabat diraja. Takpe kita tunggu sahaja nanti penjelasan lanjut daripada Lofa mengenai perkara tersebut selepas dia bersedia berkongsinya dengan peminat kelak.

Contact Form

Name

Email *

Message *