Artis,
Berita,
Foto,
Gambar,
Hiburan,
Info,
Islam,
Kisah Benar,
Panas,
Pelik,
Seksi,
Semasa,
tutorial
Edit
Biar Betul…Kekasih Baru Zalif Sidek Tapi Tunangan Orang? Macam Mana Tu?
EH, rasanya baru sahaja cerita Zalif Sidek sudah punya teman istimewa dimainkan di dada akhbar tempatan, tup-tup ada cerita lain pula yang kami dengar.
Untuk makluman, sebelum ini, Zalif menerusi Sinar Harian berkata, dia sedang mengenali gadis bernama Syahirah dan mula rapat sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya lagi, jika ada kesempatan dia akan membawa gadis itu ke majlis seni supaya dia lebih memahami kariernya.
Bagaimanapun, laporan Rotikaya hari ini menyebut, Syahirah sebenarnya merupakan tunangan orang!
Khabarnya, pihak lelaki tidak senang duduk dengan perkara ini dan gadis itu juga dalam keadaan tertekan lantaran pengakuan Zalif itu.
Sumber yang juga rakan Syahirah turut menyertakan gambar sebagai bukti gadis itu sudah bertunang.
Tapi kami sebenarnya berasa agak pelik kerana gambar Zalif dan Syahirah yang dipaparkan sebelum ini tampak begitu mesra seolah-olah mereka sememangnya pasangan kekasih.
Kalau benar sudah jadi tunang orang, kenapa perlu ada gambar bermesraan dengan lelaki lain?
Apapun, kita tunggu saja penjelasan daripada ‘watak-watak’ dalam kisah panas ini…
Oleh: ELZA