Bahaya Betul (Awas)? Bebola Daging Ular Kini Masuki Pasaran Malaysia?
Hari ini Whatsapp Group boleh dikatakan satu medium komunikasi yang amat popular.
Selain bersembang menerusinya pelbagai berita menarik dan terkini dikongsikan di situ.
Masalahnya, tidak semua berita sahih tapi teruja hendak dikongsikan juga.
Antara yang terbaru adalah isu bebola daging ular dari Thailand yang dikatakan kini sudah memasuki pasaran Malaysia terutama Pantai Timur.
Turut dikepilkan bersama berita hangat ini adalah gambar ular yang disiat kulit dan bebola daging yang sudah siap terhasil.
Bagaimana pun selepas diperiksa, info yang diberikan nyata palsu.
Gambar yang digunakan sebenarnya adalah pekerja yang menyiat kulit ular untuk dijadikan beg tangan, bukannya bebola daging.
Di bawah adalah gambar sebenar yang digunakan oleh penipu dalam isu bebola daging ular ini:
Diharapkan selepas ini mereka yang menerima maklumat tentang bebola daging ular tidak lagi menyebarkan khabar palsu ini.