Aqsa Syarif Kesal Kejadian Di McDonald’s Dungun! Kerana Mirip Pada Keganansan Dan Melibatkan Keselamatan Awan?



Aqsa Syarif amat kesal dengan apa yang berlaku di McDonald’s Dungun hari ini (5 Ogos 2014). Perbuatan sekumpulan orang yang mengganggu premis McDonald’s, membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai amat dikesali. Perbuatan seperti ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja kerana ia bertentangan dengan tata susila, akhlak Islam dan lunas undang undang.

Sungguhpun boikot adalah hak pengguna melakukan tindakan sivil untuk mengenakan tekanan, namun ia tidak mewajarkan tindakan secara fizikal mahu pun lisan untuk menakut-nakutkan serta mendatangkan kecederaan batang tubuh atau emosi kepada pemilik premis dan pekerjanya.

Aqsa Syarif memohon orang ramai yang menyokong kempen boikot supaya mengawal diri dan tidak melanggar batas undang-undang dalam menjayakan kempen. Tindakan liar dan melampau tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot. Ia sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta benda awam (vandalisme).

Aqsa Syarif menyarankan orang ramai untuk menghubungi pihak polis jika perbuatan ganas seperti ini berulang lagi. Untuk mengelak perkara seperti ini diulangi oleh pihak tidak bertanggungjawab maka Aqsa Syarif menasihatkan agar tidak diadakan sebarang bentuk demonstrasi atau perhimpunan di hadapan atau berhampiran mana-mana premis McDonald’s.

Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi,
Aqsa Syarif Berhad.

Contact Form

Name

Email *

Message *