Apa Dah Jadi Dengan Mamat Sepah, Garang Dan Selalu Buat Hal Dah Hilang ? Cuba Bacanya....
DAHULU, kalau disebut saja nama Mamat Sepah, pasti ramai yang terbayangkan kontroversi demi kontroversi yang pernah ditimbulkannya.
Ia termasuklah kisah cintanya dengan Fida Ibrahim, perbalahan dengan bekas anggota Sepah, isu samseng dan macam-macam lagi.
Bagaimanapun, kini namanya agak kurang disebut lantaran tiada lagi isu-isu panas yang dicetuskannya.
Apatah lagi, Mamat kini lebih fokus kepada kerjayanya sebagai penyampai radio Ultra.fm sejak setahun lalu.
Menerusi Malaysian Digest, dia mendedahkan kehidupannya kini lebih baik sejak tiga tahun berpacaran dengan gadis yang dikenali sebagai Nurul Syafiqah Zakaria atau Kaka, 24 yang juga penuntut di sebuah IPTS.
Menariknya, Mamat mengakui bahawa Kaka adalah kekasihnya yang paling garang dan sentiasa mengingatkan dia supaya tidak melakukan perkara yang bukan-bukan.
“Dia selalu ingatkan saya tentang akibat yang saya terima daripada kontroversi-kontrovesi lalu. Sekaligus dia juga banyak mengubah kehidupan saya kepada kehidupan yang lebih baik dan jauh daripada kontroversi dalam beberapa tahun ini.
“Walaupun dia muda tapi dia matang. Dan paling penting dia menerima saya seadanya. Begitu juga dengan keluarganya,” ujar Mamat.
Menurutnya lagi, sebelum ini Kaka kerap menolak untuk bergambar bersama kerana tidak biasa dengan dunia glamor, namun kini dia semakin terbuka dan memahami kerjayanya sebagai artis.
Ditanya mengenai arah tuju hubungan mereka, Mamat menjelaskan yang dia akan masuk meminang pada awal tahun depan lantaran pengajian kekasihnya itu masih berbaki hingga hujung tahun ini.
Ha, baguslah jika sudah ada perancangan.
Kata orang, kalau sudah bertemu dengan pasangan yang baik, tak perlulah tunggu lama-lama untuk bernikah. Nanti makin banyak pula dugaan.
Apapun, semoga dipermudahkan segalanya ya…