Nasib Baik - Rod Besi Melayang Dari Lori Nyaris Tusuk Ibu Dan Anak! Bahaya....



Amalan berhati-hati di jalan raya harus diamalkan tanpa mengira masa kerana malang tidak berbau.

Antara yang harus dielakkan adalah mengikut kenderaan berat yang membawa muatan berbahaya terlalu dekat.

Jika sebelum ini kami pernah siarkan anggota X-Factor Shah dan isteri nyaris kemalangan ditimpa bongkah besi, ini satu lagi kejadian berpunca daripada lori membawa muatan berbahaya.

Dalam satu gambar kemalangan jalan raya yang berlaku di lebuh raya NKVE, sebatang besi cerucuk melayang dari lori menembus kenderaan di belakangnya.



Penumpang hadapan, seorang ibu bernasib baik apabila tidak terkena besi tersebut yang menembusi kerusi lalu tercacak hingga belakang.




Mujurlah, anak perempuannya yang berusia 4 tahun ketika itu sedang tidur di kusyen belakang – jika tidak tak mampu dibayangkan apa bakal terjadi!



Bagaimanapun selain pengguna jalan raya yang sentiasa dipesan mengambil langkah hati-hati, diharapkan lori yang membawa muatan dan kontraktor yang melakukan kerja pembinaan sekitar jalan juga sentiasa waspada dengan keselamatan orang sekeliling.

Contact Form

Name

Email *

Message *