Lihatlah Kekejaman Israel Ketika Umat Islam Berpuasa ?
LIHATLAH gambar-gambar ini.
Inilah kekejaman yang di luar pemikiran manusia yang dilakukan tentera Yahudi laknatullah terhadap mereka yang tidak berdosa di semenanjung Gaza.
Anak ini hampir rentung demi memuaskan nafsu mereka yang tidak bertepi itu!
Sekurang-kurangnya 12 terbunuh apabila pesawat tempur tentera Israel melepaskan bedilan roket bermula awal pagi semalam dalam kempen terbaru rejim Zionis di wilayah bergolak itu.
Di tengah Gaza seorang lelaki terbunuh berhampiran kem pelarian Nusseirat diikuti empat yang lain di dalam sebuah kereta maut selepas terkena bedilan roket Israel.
Tujuh lagi terkorban dan 25 yang lain cedera apabila bedilan roket Israel terkena sebuah rumah di Khan Younis di selatan Gaza. Identiti mereka bagaimanapun belum dikenal pasti.
Presiden Mahmus Abbas mendesak Israel menghentikan segera kempen serangannya dan menggesa dunia mengenakan tekanan ke atas kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
Bagaimanapun, Kabinet Israel dijangka memanggil kira-kira 40,000 anggota pasukan simpanannya untuk meningkatkan serangan ke wilayah terbabit.
Pesawat tempur Israel membedil lebih 50 sasaran di Gaza awal semalam selepas pejuang Hamas melancarkan roket merentasi sempadan.
Marilah kita panjatkan doa agar Allah kuatkan semangat para pejuang kita di Palestin, Allahuakbar!