Ibu M’yesal Tidak Ambil Berat Ketakutan Anak Naik Pesawat, Akhirnya Terjawab ?




Ibu tunggal yang kehilangan dua anak dalam insiden penerbangan Malaysia Airlines MH17 memberitahu CNN betapa beliau kesal kerana tidak mengambil berat akan ketakutan anaknya ketika menaiki pesawat.

Dua anak Samira Calehr, Miguel Calehr, 10, dan Shaka, 19 yang diantara 298 penumpang dalam MH17, ditembak jatuh di timur Ukraine Khamis lalu.

Samira memberitahu CNN, Miguel gementar ketika berada di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam beberapa jam sebelum menaiki pesawat yang menuju ke Kuala Lumpur itu.

Kedua-dua anaknya dalam perjalanan ke Bali untuk bercuti dengan nenek mereka, seorang warganegara Indonesia.

Bagaimanapun, anaknya Mika, 16, terselamat kerana diminta keluar daripada penerbangan yang penuh itu.


“Selepas masuk di kawasan penyemakkan pasport, beliau berpatah balik kepada saya dan berkata ‘Mama, saya sayang kamu. Saya gembira bertemu dengan Oma (nenek), tapi saya akan merindui kamu dan apa jadi kalau pesawat terhempas?’,” kata Samira kepada agensi penyiaran antarabangsa tersebut.

“Saya membalas ‘Jangan begitu, jangan cakap perkara bukan-bukan. Kamu sudah melancong banyak kali. Semuanya akan baik’,” katanya.

Samira menyesal kerana tidak mendengar ketakutan Miguel, dan berkata kepada CNN: “Kalau boleh saya mahu pusing balik masa. Saya tidak mendengarnya. Saya tidak tahu, saya tidak mampu berkata apa-apa.”

Bapa saudara mereka Haroen Calehr memberitahu CNN, Mika seorang yang “sangat berani”.

Anak perempuan Haroen, Yeye Valerie, memberikan penghargaan terakhir kepad Miguel dan Shaka di laman sosial Facebook dengan sekeping gambar tertulis “Hidup sangat tidak adil, penuh dengan cabaran, cabaran yang perlu dihadapi dan sangat sedih memilukan hati”.

“Saya hilang dua orang yang sangat hebat dalam hidup saya. Sepupu saya. Mereka berada dalam #MH17.”

Sementara itu, mayat 200 mangsa MH17 tiba di bandar Kharkiv dikawal kerajaan Ukraine.

Pakar dari Belanda yang mengendalikan mayat itu berkata ia akan dihantar ke Belanda hari ini.

Sumber: CNN

Contact Form

Name

Email *

Message *