VIDEO: KENAPA PESAWAT MAS KE BEIJING HILANG DI UDARA?



Sumber: Youtube

Penerbangan MH370 KL - Beijing Terputus Hubungan Dengan Menara Kawalan
SEPANG: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014.

MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari pesawat.

Syarikat penerbangan itu akan menyediakan kemas kini perkembangan keadaan.
Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi +603 7884 1234 untuk maklumat lanjut - mStar online

Contact Form

Name

Email *

Message *