Menjelang hari pernikahan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana esok, satu majlis malam berinai dan solat hajat telah diadakan di kediaman Puteri Sarah selepas waktu Maghrib semalam.
Bagaimanapun, majlis resepsi perkahwinan pasangan sensasi ini telah ditunda ke tarikh lain, hanya majlis akad nikah akan dilangsungkan esok di lokasi sama di Masjid Sri Damansara, Petaling Jaya, pada pukul 10 pagi, 8 Mac 2014.