MH370 : Buat pertama kali, anak sulung Kapten Zaharie meluahkan kata-kata berikutan kehilangan pesawat yang masih kekal misteri


MH370 : Buat pertama kali, anak sulung Kapten Zaharie meluahkan kata-kata berikutan kehilangan pesawat yang masih kekal misteri | “Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda,” kata Aishah, 28, anak sulung kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam facebooknya (FB) semalam. Kata-kata itu jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan selepas portal berita luar negara, Daily Mail menyiarkan kenyataan 35 perenggan penjelasan Aishah dan ibunya, Faizah Khanum Mustafa Khan ketika disoal pegawai penyiasat berikutan kehilangan penerbangan MH370. Aishah juga menulis dalam FBnya: “Anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip. Semoga Tuhan merahmati kamu.” Ini adalah kali pertama Aishah yang belajar di Australia itu membuat kenyataan terbuka selepas 23 hari pesawat berkenaan hilang. Selain itu, laman Facebook ‘Friends Of Captain Zaharie MH370’ turut menyelar laporan Daily Mail itu.

Laman berkenaan mendakwa anak lelaki juruterbang berkenaan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan laporan yang dianggap tidak bertanggungjawab itu. Laman itu juga mendakwa laporan terbabit adalah bohong dan mempertikaikan sumber kenyataan itu diperoleh. FB itu dilihat menerima hampir 100 komen dan 200 likes yang hampir semuanya menyelar tindakan media berkenaan yang didakwa melaporkan berita palsu. Mereka juga menyarankan Aishah mengheret portal berita Britain itu di mahkamah. Portal itu kelmarin menyebut Aishah dalam soal siasat itu sebagai berkata, ayahnya seolah-olah terganggu dan mudah marah serta bukan ayah yang dia kenali sebelum kehilangan pesawat berkenaan. Aishah juga dilaporkan berkata, ayahnya juga ada bercakap mengenai masalah hubungan dengan ibunya.

Bagaimanapun, Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang tua yang arif mengenai agama. Laporan itu juga berkata, Aishah menjelaskan kepada pegawai penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain namun menolak kemungkinan ayahnya sengaja membahayakan nyawa anak kapal dan penumpang. Portal itu juga menyebut Zaharie dalam proses menceraikan isterinya dan banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga. Portal itu juga memetik isteri Zaharie, Faizah sebagai berkata, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui dan pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu. Dalam laporan itu juga, Faizah mendakwa Zaharie sudah berhenti bercakap dengannya pada minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.


Portal itu berkata, Faizah menganggap adalah tidak adil menyalahkan suaminya. Bagaimanapun, sepanjang soal siasat, dia memberitahu polis suaminya menjadi semakin terganggu beberapa bulan sebelum penerbangan malang berkenaan. Sebelum ini media barat menyiarkan secara besar-besaran mengenai simulator milik juruterbang itu yang ada di sebuah bilik di rumahnya. Bagaimanapun, selepas diperiksa Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapati tiada data meragukan dan simulator Zaharie hanya sebagai hobi. Malah kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada bukti atau data mencurigakan yang boleh mengaitkan Zaharie sebagai bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu.-HM









Contact Form

Name

Email *

Message *