KAZAKHSETAN: PUSAT TATANAN (ORDE) DUNIA BARU DAJJAL



Darihal sebutan Khazakhstan dalam insiden MH370, menghuraikan signifikan Kazakhstan dalam percaturan sistem dajjal akhir zaman, pusat pemerintahan dajjal yang sebenarnya dan menghalusi para pengikutnya dari geopolitik kawasan ini.



 
Perkembangan terkini mengenai Tragedi Pesawat MH370 dengan tidak semena-mena menghala kepada naratifKoridor Utara dan Kazakhstan.

Namun, sebenarnya nama Khazakhstan sudah lama masuk di dalam radar pemantauan para pemantau konspirasi akhir zaman, dan perkembangan tersebut tidaklah memeranjatkan samasekali.

Cuma sejauh manakah Kazakhstan akan menjadi relevan dalam naratif tragedi MH370 itu belumlah dapat dipastikan lagi.

Melalui artikel yang saya kemaskinikan ini, saya berharap umat Islam akan bertambah peka dan bersatu menghadapi musuh yang licik.

Sekali lagi elemen yang terlibat dalam percaturan insiden MH370 mempunyai hubungkait yang jelas dengan konspiratur utama insiden tersebut dari Amerika Syarikat dan penajanya, kelompok globalis sistem dajjal masakini dapat dikesan dengan naiknya nama Kazakhstan dalam naratif MH370.

Hari ini ramai dari kalangan orang Islam sendiri sudah tertipu dengan permainan licik dajjal sehinggakan mereka menyangka bahawa Zionisma, dan Israel itu merupakan puncak tertinggi dalam hierarki percaturan agenda global.

Sebenarnya hierarki tertinggi adalah didorong oleh kuasa-kuasa satanik dalam kelompok sistem dajjal. Zionisma dan Yahudi hanyalah sebahagian dari instrumen-instrumen yang mereka gunakan untuk melaga-lagakan seluruh ummat manusia. Maka bagi mereka yang tertunggu-tunggu untuk Israel menjadi "SUPERPOWER" atau "KUASA DUNIA" sebenarnya sudah menjadi mangsa disinformasi. Israel tidak perlu pun menjadi "kuasa besar".

Selama berdekad lamanya Israel sudah pun memainkan peranan di belakang tabir. Zionisma hanyalah sebuah ism. Seperti ism-ism lain ciptaan sistem dajjal. Zionisma, Komunisma, Kapitalisma, dan apa saja konfigurasi isma yang mampu anda fikirkan. Israel hanyalah kuda tunggangan dajjal. Sepertimana kuda-kuda tunggangannya yang lain. Akhirnya mereka berperanan membawa seluruh dunia dalam kancah peperangan dan kemusnahan yang melata.

Namun ketika dunia Islam menyibukkan dirinya dengan Israel, pergerakan agenda One World Religion dengan pelbagai instrumen & platformnya sudahpun siap di Kazakhstan.

Kazakhstan sendiri merupakan pada dasarnya sebuah negara Islam yang liberal. Ramai dari mereka dari keturunan Yahud Khazar dan Yahud Krypto. Oleh yang demikian, awasilah bahawa kemunculan dajjal itu sendiri banyak hubungkaitnya dengan dunia Islam.

Dajjal tidaklah sedemikian bodoh untuk menjebakkan dirinya dalam suatu lokasi berkepentingan seperti Israel & Palestin yang senantiasa bergolak dengan api-api peperangan.

Beliau akan duduk dari suatu sudut lokasi geostrategik yang lain dan mencaturkan kesemua negara-negara dan blok yang berkepentingan ini untuk berhentaman sesama sendiri (termasuk Israel).

Hanya selepas Konstantiniyah (Istanbul, Turki) hancur dan berjaya ditawan semula oleh tentera Islam akhir zaman, barulah dajjal mengorak langkah masuk ke bumi Palestin untuk agenda ketuhanan beliau di Baitul Muqaddis. Yaqni setelah kesemua negara-negara berhentaman sesama sendiri melalui agentur-agentur kerosakan yang disusun oleh pihaknya.

Antara doktrin sistem dajjal mengenai modus operandi umum mencetuskan peperangan sedunia yang saya katakan adalah seperti berikut;

"Peperangan Dunia ketiga hendaklah dibentuk sedemikian rupa dengan mengambil kesempatan dari perbalahan yang disebabkan oleh agentur-agentur perisikan ("Illuminati") di antara kelompok poltikal yang Zionis dengan pemimpin dunia Islam. Peperangan hendaklah dicetuskan sedemikian cara sehingga polar politikal Islam dan polikal Zionisma (Israel) menghancurkan sesama sendiri. Manakala negara-negara lain yang sekali lagi dipecahbelahkan melalui isu-isu tersebut akan turut memasuki kancah peperangan dan berhentaman sehingga mencapai titik-titik kehancuran fizikal, semangat, spiritual dan kehancuran ekonomik."


The Third World War must be fomented by taking advantage of the differences caused by the "agentur" of the "Illuminati" between the political Zionists and the leaders of Islamic World. The war must be conducted in such a way that Islam (the Moslem Arabic World) and political Zionism (the State of Israel) mutually destroy each other. Meanwhile the other nations, once more divided on this issue will be constrained to fight to the point of complete physical, moral, spiritual and economical exhaustion…

Kerana itulah hadits-hadits dengan jelas akan menunjukkan bahawa dajjal laknatuLlah akan bergerak dan timbul dari kawasan timur.

Antara negara-negara berketurunan Turk (Keturunan Yafet anak Nabi Nuh AS) yang merdeka dalam Blok Pakatan NATO pax Americana Judeo-Kristian dan bahasa rasminya bahasa Turk:
  • Azerbaijan (Azeri)Cyprus
  • Kazakhstan (Kazakh)
  • Kyrgyzstan (Kyrgyz)
  • Turkey (Turkish)
  • Turkmenistan (Turkmen)
  • Cyprus (Turkish)
  • Uzbekistan (Uzbek)
  • Karakalpakstan (Karakalpak)
ANTARA THESIS DENGAN ANTI THESIS

Kesimpulannya ini semua "game" dan percaturan sistem dajjal dan iblis laknatuLlah. Maka apabila mereka bermain dengan thesis "DIVIDE & RULE" Ummah harus kembali kepada anti thesis "UNITE & CONQUER".

Apabila mereka bermain dengan thesis "PECAH & PERINTAH", Ummah harus kembali kepada anti thesis "BERSATU & DAKWAH/IBADAH".

Bila mereka bermain dengan segala kekuatan teknologi, maka Ummah harus kembali kepada anti thesis kepada "TECHNOLOGY" iaitu "TAQWALOGY".

Apabila mereka memainkan thesis kekuatan makhluq, ketenteraan, kuasa dan pemerintahan, Ummah harus kembali kepada Kekuatan Pencipta Segala Makhluq dan bantuan ALLAH SWT akan bersama Ummah.

MENGENAL PARA PENGIKUT DAJJAL DARI TIMUR YANG BERBANGSA TURK KETURUNAN YAKJUJ MAKJUJ


Khazakstan moden yang menjadi pusat NWO kelompok Al Mufsiduun (Kaum Perosak Mukabumi) dan hubungkaitnya sebagai pengikut dajjal akhirzaman dalam konteks hadits-hadits Rasulullah SAW.

Dalam hadits Abu Bakr Ash Shiddiq, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالْمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا خُرَاسَانُ يَتْبَعُهُ أَقْوَامٌ كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ

“Dajjal itu keluar dari bumi sebelah barat yang disebut Khurasan. Dajjal akan diikuti oleh kaum yang wajah mereka seperti perisai yang dilapisi kulit”.

Kata Ibnu Katsir, “Nampaknya –wallahu a’lam- mereka adalah bangsa Turk yang menjadi penolong Dajjal nantinya.” (An Nihayah Al Fitan wal Malahim, 1: 117).

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ التُّرْكَ قَوْمًا وُجُوهُهُمْ كَالْمَجَانِّ الْمُطْرَقَةِ يَلْبَسُونَ الشَّعَرَ وَيَمْشُونَ فِى الشَّعَرِ

“Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga kaum muslimin memerangi bangsa Turk, yaitu kaum di mana wajah-wajah mereka seperti perisai yang dilapisi kulit, mereka memakai (pakaian) yang terbuat dari bulu dan berjalan (dengan sandal) yang terbuat dari bulu” (HR. Muslim no. 2912).

Dalam riwayat Bukhari, dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تُقَاتِلُوا قَوْمًا نِعَالُهُمُ الشَّعَرُ ، وَحَتَّى تُقَاتِلُوا التُّرْكَ ، صِغَارَ الأَعْيُنِ ، حُمْرَ الْوُجُوهِ ، ذُلْفَ الأُنُوفِ كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ

“Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga kalian memerangi satu kaum yang sandal-sandal mereka terbuat dari bulu, dan kalian memerangi bangsa Turk yang bermata sipit, berwajah merah, hidungnya pesek, wajah-wajah mereka seperti perisai yang dilapisi kulit” (HR. Bukhari no. 3587).



ASTANA & KAZAKHSTAN: PUSAT TATANAN DUNIA BARU (NEW WORLD ORDER)

Astana adalah bandar pertama yang dibina pada abad ke-21 dan ia menunjukkan kepada kita, siapa yang mengetuai dunia sekarang ini. Bandar ini diilhamkan dan diinspirasikan oleh seorang lelaki yang bernama Nursultan Nazarbayev, Presiden Kazakhstan.

Projek yang disokong oleh berbilion dollar, bandar ini dibina asalnya dari kawasan yang terpencil. Hasilnya adalah menakjubkan. Bandar bersenibina futuristik, mendukung 'New World Order' bertuhankan Matahari. Inilah agama purba yang semakin berani menonjolkan diri dewasa ini. Bandar ini masih dalam pembinaan yang berskala besar, tetapi bangunan yang telah berdiri memberikan gambaran tentang misi Nazarbayev itu.

The Pyramid of Peace
The Pyramid of Peace

Diilhamkan oleh arkitek terkemuka Britain, Lord Norman Foster, piramid gergasi ini adalah bangunan ganjil yang hadir di tengah-tengah bandar ini. Bangunan ini adalah simbolik untuk "penolakan untuk keganasan" dan "untuk menyatukan agama-agama di dunia".

Norman Foster berkata bahawa bangunan itu tidak mewakili mana-mana agama dan ini akan memudahkan penyatuan semua agama. Tetapi realitinya, piramid adalah sebuah kuil bagi agama kuno pagan. Iaitu agama yang menyembah Matahari.

Pemandangan dan senibina di dalam bangunan ini menunjukkan simbolik-simbolik yang benar-benar mengejutkan. Mari kita jelajah bangunan ini.


Bentuk piramid

Berikut adalah piramid-piramid yang terdapat di seluruh dunia, yang mewakili golongan elit berkuasa keatas rakyat jelata.

Memphis Arena
Memphis Arena

"Penerimaan piramid sebagai satu lambang adalah sebagai doktrin rahsia dan penubuhan ini juga sebagai satu cabang penyebaran idea" - Manly P. Hall, Secret Teachings of All Ages

Novus Ordo Seclorum = Tatanan Baru Zaman

Seperti yang dikatakan oleh Manly P. Hall, piramid adalah simbol utama yang menjadi misteri tamadun purba. Mereka agung dalam kesederhanaan, itulah sifat mereka yang membingungkan orang ramai.

Raffles Hotel, Dubai
Raffles Hotel, Dubai

Para elit yang mengamalkan ilmu ghaib, adalah pewaris tamadun dan kepercayaan purba ini menggunakan piramid sebagai simbol kuasa di dalam dunia moden. Capstone (Batu atau penjuru teratas pada bahagian piramid) yang tidak wujud menggambarkan tuhan wujud di dalam alam semesta serta dalam setiap manusia.  

Sunway Pyramid, Malaysia
Sunway Pyramid, Malaysia

Satu lagi maksud simbol capstone yang hilang adalah menunjukkan dunia yang belum mencapai pemerintahan yang diinginkan (New World Order). Dikatakan bahawa capstone dari Piramid Besar akan dikembalikan apabila datangnya Dajjal yang membawa New World Order.

Luxor Hotel, Las Vegas
Luxor Hotel, Las Vegas

Puncak piramid itu digambarkan sebagai kekuasaan yang tiada tandingnya mewakili Dajjal yang mereka sembah selama ini.

Opera House (Basement)

Apabila memasuki piramid ini di aras tanah (basement), kawasan di dalamnya agak gelap. Terdapatnya opera di ruangan bawah tanah yang mana boleh menempatkan penonton yang ramai.

Underground Opera House
Underground Opera House

Bahagian Tengah

Mengelilingi Meja Matahari
Mengelilingi Meja Matahari

Di sebelah kanan tingkat atas ruangan opera adalah di tengah-tengah piramid. Ruangan ini dijadikan bilik mesyuarat untuk persidangan antara pemimpin -pemimpin agama di dunia ini. Cuba kita renung dan fikir sejenak terhadap simbol-simbol yang wujud di sini.

Anda mempunyai pemimpin agama dari seluruh dunia duduk berbincang di kawasan yang berpaksikan tuhan matahari, membincangkan bagaimana untuk menyelesaikan perbezaan antara agama mereka untuk mencapai 'Zaman Baru' yang akan datang.

Simbolik di sini adalah terang-terangan. Semua ini adalah teologi semata-mata untuk menjauhkan manusia dari kepercayaan agama.  Ruangan tengah ini adalah lebih bercahaya daripada ruangan opera, yang mewakili kemajuan ke arah pencahayaan. Imej matahari di tengah-tengah meja bulat adalah betul-betul di atas matahari dari siling ruangan opera.


Mesyuarat Antara Agama

Jika anda pernah membaca artikel lain mengenai New World Order, Freemason ataupun illuminati di laman web ini, anda mungkin menyedari matlamat New World Order. Salah satu tujuan besar mereka adalah menggantikan semua agama kepada satu bentuk agama neo-paganisme tanpa disedari oleh orang ramai. Inilah yang mereka titik beratkan di dalam mesyuarat. Bandar Astana adalah benar-benar sebuah bandar New World Order.

Puncak Piramid


Puncak piramid ini dihiasi dengan gambaran syurga. Kawasan ini adalah bulat, berkaca dan diterangi cahaya matahari. Imej merpati putih dipersembahkan di dalam kaca, yang mewakili kedamaian, ini adalah simbolik kepada penyatuan kerajaan-kerajaan dunia dan agama di New World Order.

Puncak piramid adalah mewakili pencapaian illuminati dan individu pada peringkat tertinggi dunia.
Lihatlah siling di puncak piramid (gambar bawah):

Model matahari makin bersinar apabila disimbah cahaya matahari
Model matahari makin bersinar apabila disimbah cahaya matahari

Bahagian piramid ini (merangkumi semua bahagian yang dibincangkan di atas) menunjukkan wawasan Illuminati terhadap dunia ini.

Piramid yang dibahagikan kepada 3 bahagian
Piramid yang dibahagikan kepada 3 bahagian

Setelah kita jelajahi Piramid ini, ia lebih dari sekadar menjadi tarikan pelancong seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Seperti yang dikatakan oleh Dan Cruikshanks di dalam dokumentarinya, Astana adalah "mewakili kuasa yang akan datang".

Bayterek

"Pokok kehidupan" ini, merupakan saluran di mana "roh kembali" meninggalkan dunia material dan memasuki dunia ketuhanan.
"Pokok kehidupan" ini, merupakan saluran di mana "roh kembali" meninggalkan dunia material dan memasuki dunia ketuhanan.

Bayterek ini juga direka oleh arkitek terkenal British Sir Norman Foster, monumen ini dibina berdasarkan cerita dongeng mengenai kehidupan sebatang pokok misteri dan burung ajaib kebahagiaan. Burung di dalam kisah ini dinamakan Samruk, telah meletakkan telurnya di antara celah dua cabang pokok itu.

Telur itu diwakili oleh Golden Globe yang diletakkan di atas monumen Bayterek itu. Konsep ini sekali lagi menggambarkan Matahari sebagai Dewa Tertinggi.

Golden Globe

Pelawat boleh pergi di bahagian atas menara dan melihat pemandangan indah bandar Nazarbayev. Tetapi terdapat juga beberapa objek pelik yang hadir di sini.





Di dalam Golden Globe, kita akan menemui "objek" yang membingungkan kita. Objek tersebut adalah segi tiga emas dengan cop tangan presiden Nazarbayev. Kenapa? Secara jujur saya tidak tahu.

Apa yang boleh saya katakan ialah objek tersebut kelihatan seperti di dalam filem Total Recall.


Bata Komposisi


Bata Komposisi adalah sebuah replika "Globe" yang ditandatangani oleh wakil-wakil dari 17 agama di dunia. Ya, sekali lagi, bercakap tentang penyatuan semua agama adalah menjadi satu matlamat untuk mencapai agenda mereka.


Pilar Masonic

 

Dua tiang dan terdapat satu lagi tiang di tengahnya tetapi jauh sedikit jaraknya. Adakah di sini terdapat simbol-simbol Masonik?


Ya, tiang emas berkembar ini mewakili dua rukun Mason iaitu Boas dan Jachin. Saya tidak mahu menghuraikan lebih lanjut tentang simboli ini keseluruhannya, tetapi kami boleh menganggap bahawa Nazarbayev adalah "Menerima Misi Freemason ini".

Kediaman Presiden


Istana Presiden ini terletak di hujung laluan istiadat yang bermula dari menara Bayterek. Sebuah kubah besar dibina di atas istana itu, yang mewakili prinsip-prinsip wanita, yang bertentangan dengan menara Bayterek yang berbentuk 'lelaki'.

Rancangan dan senibina ini wujud dalam hampir semua bandar-bandar terkemuka seperti Washington dan Paris.

Pusat Hiburan Khan Shatyry (Khemah Terbesar di Dunia)



Banguna pelik ini sekali lagi direka oleh Sir Norman Foster (beliau pada dasarnya mereka keseluruhan bandar). Di dalam khemah tersebut terdapat satu kawasan yang lebih besar daripada 10 stadium bola sepak, akan menjadi bandar di dalam taman, pusat membeli-belah dan hiburan.

Kawasan ini juga dihiasi dengan jalan-jalan yang berbatu, sungai yang boleh dilalui oleh perahu, minigolf, pantai buatan dan resort.

Struktur ini dibuat untuk kelihatan seperti khemah, yang setanding dengan Kuil Sulaiman.Tempat-tempat ibadat bergerak (mudah-alih), yang terdiri daripada khemah-khemah, telah digunakan oleh orang-orang Yahudi pada zaman alkitabiah.

Akan Datang di Astana

Astana masih lagi dalam pembinaan, tetapi terdapat beberapa projek yang benar-benar luar biasa. Berikut adalah sebahagian dari projek mereka.

Central Market

Direka oleh Norman Foster.

Crazy Towers (bukan nama rasmi)

All-Seeing Eye Stadium (bukan nama rasmi) 

Kesimpulan

Sebagai ahli elit dunia yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan untuk menyatukan dunia dalam satu kerajaan yang mereka cipta, mereka menyebarkan simbol sebagai lambang kekuasaan mereka. Hakikatnya penduduk dunia tidak tahu mengenai struktur-struktur yang mewakili golongan elit ini.

Inilah sebabnya mengapa rancangan mereka terus berjalan tanpa dipersoalkan dan tanpa disedari.

Manley P. Hall menulis pada 1918;

"Apabila berlakunya rusuhan, manusia diperintah oleh pemimpin yang jahil, institusi keagamaan runtuh, akan wujudnya pemerintahan baru ini yang dipimpin oleh pemimpin yang jahat yang berselindung di sebalik kebaikan.

Contact Form

Name

Email *

Message *