Fatin Sakinah nafi tweet status hina pesawat MH370

Fatin Sakinah nafi tweet status hina pesawat MH370 - Beberapa hari lalu pemilik akaun Twitter @FatinSakinah dikritik hebat kerana memuatnaik status berserta gambar yang seolah-olah menghina pesawat MH370.


Dalam status itu, Fakin mendakwa merasa rimas menonton rancangan televisyen kerana dipenuhi dengan berita tentang misteri kehilangan pesawat MH370. Kemudian, ianya tersebar secara meluas di Facebook, Twitter, Instagram dan laman blog.


Mengakui terkejut dengan perkara tersebut, Fatin atau nama sebenarnya Nurfatin Sakinah Mohd Salleh, 18. segera tampil kepada media untuk menjelaskan perkara sebenar. Katanya, kenyataan status Twitter tersebut bukan miliknya tetapi telah disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan sengaja mencari publisiti murahan.

"Kenyataan di dalam status akaun Twitter itu bukan milik saya sebaliknya disalah guna oleh pihak tertentu dengan meletakkan gambar saya di dalam profil akaun berkenaan.”

Menurut Nurfatin, dia mula dimaklumkan tentang berita penyebaran itu oleh adik perempuannya kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.

Contact Form

Name

Email *

Message *