Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun maut dikelar di leher, dipercayai dilakukan oleh seorang pembantu rumah warga Indonesia di kediaman keluarga mereka di Taman Sri Putra, Sungai Buloh dekat sini malam ini.
Pembantu rumah tersebut kemu dian bertindak nekad membunuh diri setelah membunuh kanak-ka nak berkenaan iaitu Melvin Selvan Joseph, setahun enam bulan dan abang tirinya, Koay Jia Hong, 5.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berka ta, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pu kul 7.35 malam sebelum menghantar sepasukan anggota bagi men jalankan pemeriksaan.
“Ketika pemeriksaan dilakukan di rumah tersebut, pihak polis men jumpai mayat seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Agnes berusia lingkungan 30-an di dalam sebuah bilik.
“Kemudian seorang mayat ka nak-kanak berusia setahun enam bulan ditemui dalam sebuah bilik lain sebelum polis menemui mayat seorang lagi kanak-kanak berusia lima tahun di bilik atas rumah dua tingkat tersebut.
“Polis menemukan kesan kelar di leher ketiga-tiga mayat tersebut," katanya ketika ditemui di lokasi ke jadian malam ini.